Melalui pengalaman kami yang lampau dan sudah semestinya diiringi
dengan berbagai percubaan dan juga kegagalan, kami telah mendapati
bahawa pemasaran didalam talian Internet memerlukan pelaburan asas
yang tinggi serta dedikasi. Kita biasa mendengar kisah mereka yang
telah menjadi jutawan melalui konsep perniagaan didalam talian
Internet mereka tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa kisah
kejayaan tersebut memerlukan pelaburan asas yang tinggi didalam
keperluan-keperluan seperti berikut:
- Pembangunan dan rekacipta tapak halaman Web
- Perumah Domain atau Web untuk tapak halaman Web
- Pengoptimisasi Enjin Pencari
- Penggunaan peralatan pemasaran didalam talian Internet
seperti Pay-Per-Click dan juga Banner
- Penggunaan pihak ketiga yang menyediakan bantuan kemudahan
pembayaran melalui talian Internet seperti PayPal dan juga
WorldPay
- Penggunaan perisian pemasaran emel dan juga Autoresponder
Kami telah membuat satu kajian kajiselidik diantara
pelanggan-pelanggan kami dan telah mendapati bahawa majoriti
daripada mereka tidak mampu atau ragu-ragu untuk mengeluarkan
sejumlah wang yang besar untuk melabur didalam keperluan yang tidak
mereka fahami sendiri. Kami dipihak Sahabatul Ventures menerima ini
sebagai satu bentuk cabaran untuk mencari cara dan kaedah yang lebih
mudah serta murah untuk membantu golongan usahawan kecil yang
beroperasi dari kediaman masing-masing ini untuk membangunkan
perniagaan mereka didalam talian Internet. Kajian kami mengambil
masa dari hari kehari, hari berganti minggu dan kemudiannya berbulan
lamanya. Akhirnya, kami telah menemui segala rahsia yang dicari!
Ya! kami telahpun menemui cara dan kaedah untuk anda membangunkan
perniagaan didalam talian Internet dari mula tanpa membebankan kocek
anda dengan sebarang pelaburan asas yang sering diiringi dengan kos
tambahan secara tersembunyi! Kami sendiri pada awalnya tidak
mempercayainya tetapi peluang tersebut memang benar wujud hari ini!
Kami telah mendapati bahawa:
- Sesiapa sahaja pada masa ini mampu untuk membangunkan tapak
laman Web perniagaan mereka tanpa membayar ataupun mendaftarkan
nama Domain mereka! Anda tidak memerlukan itu semua!
- Sesiapa sahaja pada masa ini boleh mendapatkan khidmat
perumah percuma yang disediakan oleh pelbagai pihak ketiga untuk
tapak laman Web mereka! Apa yang lebih menakjubkan adalah
kemudahan percuma ini tidak disertai dengan sebarang iklan
pop-up ataupun banner!
- Sesiapa sahaja pada masa ini mampu mengoptimisasi tapak
laman Web mereka untuk Enjin Pencari yang popular seperti Yahoo!
dan Google sendiri!
- Sesiapa sahaja pada masa ini mampu membangunkan sistem
pemasaran emel dan Autoresponder dengan percuma!
- Sesiapa sahaja pada masa ini boleh menerima pembayaran
daripada sesiapa sahaja didunia ini tanpa membayar sebarang
bayaran pendaftaran kepada pihak ketiga yang menyediakan
perkhidmatan kemudahan pembayaran didalam talian Internet!
Teruja? Bagus!
Daripada penemuan tersebut, kami berbangga kerana kami kini mampu
menyediakan beberapa jenis perkhidmatan untuk membantu membangunkan
perniagaan didalam talian anda dengan cara dan kaedah yang kos
efektif. Sila klik disini untuk
maklumat lanjut. Kami juga akan menerbitkan sebuah E-Buku untuk
membantu mereka yang mahu membangun serta menguruskan perniagaan
didalam talian sendiri. Sila klik disini
untuk maklumat lanjut. |
|
Pautan
Berkaitan |
 |
|
Verimity Hand Edited Web Directory
Verimity Web Directory is a quality, hand edited and search engine friendly web directory. Offering a categorised and search enabled experience for the user. |
|
Webmaster Link Exchange
Free Web Link Exchange
Directory. Where Webmasters go to trade links
with other webmasters. |
 |
|
Perfect Home Based
Business Opportunities
Find out all the what, why, when, where, and
how's of choosing your perfect home based
business opportunities and how making the proper
desicision with proper web site promotion can
lead to your future work from home financial
independence.
|
|
Best Home Based Business
Idea
This home business idea is not a scam like so
many are today. This is truly a legit home-based
business. |
|
 |
|